Persatuan Ain wakil S’pura dalam acara jalan sokongpesakit barah

January 9, 2024

Seramai 200 perserta dijangka mengikuti acara global ‘World Cancer Walk’ 2024 yang bakal berlangsung pada 14 Januari ini, dengan Persatuan Ain mewakili Singapura.

Inisiatif global yang diperkenalkan buat julung-julung kali pada Januari 2021 itu bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai penyakit barah serta mengumpul dana untuk pelbagai badan amal barah sedunia.

Sejak akhir-akhir ini, acara itu menyaksikan kehadiran peserta dari serata dunia – lebih 20 bandar – di bawah daya usaha menangani impak barah dalam masyarakat dari segi sosial dan kewangan.

Dalam acara itu, peserta di seluruh dunia akan berjalan ‘bersama’ merentasi zon masa berbeza.

Setiap bandar akan diberi slot masa selama sejam untuk berjalan dan gabungan waktu itu akan ditambah secara kolektif hingga memenuhi tempoh 24 jam.

Pada 2024, lebih 100 bandar dijangka mengambil bahagian dalam inisiatif ‘World Cancer Walk’ ini.

Ia dijadualkan bermula pada 10 pagi di stesen MRT Stadium dan akan berakhir di Marina Barrage.

Acara itu bukan hanya bertujuan menggambarkan perpaduan, malah memberi penghormatan kepada pesakit barah seluruh dunia.

Tetamu terhormat acara itu ialah Profesor Fatimah Lateef, Penasihat Perubatan Persatuan Ain dan Perunding Kanan Jabatan Perubatan Kecemasan, Hospital Besar Singapura (SGH).

Acara itu bakal turut dihadiri wakil-wakil daripada pelbagai organisasi masyarakat dan barah di sini.

Menjelaskan acara itu kepada Berita Harian, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Ain, Encik Md Yusof Ismail, berkata:

“Persatuan Ain berbesar hati diundang mewakili Singapura dalam usaha memberikan sokongan kepada semua pesakit barah, penjaga dan keluarga mereka.

“Saya berharap acara ini dapat meningkat kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai penyakit barah dengan lebih mendalam dan mengumpul dana untuk pesakit barah sedunia.”

Success

Your submission has been submitted. An officer will contact you within 3 – 5 working days.