700 pesakit barah terima Dana Khas COVID-19, Habuan Aidilfitri Persatuan Ain

May 22, 2020

Sambutan Hari Raya bagi penerima bantuan Persatuan Ain lebih meriah lagi tahun ini di tengah-tengah pandemik COVID-19. Hampir 700 penerima dari kalangan pesakit barah yang memerlukan menerima bekalan makanan dan habuan wang tunai berjumlah sekitar $60,000 daripada persatuan tersebut.

SINGAPURA: Sambutan Hari Raya bagi penerima bantuan Persatuan Ain lebih meriah lagi tahun ini di tengah-tengah pandemik COVID-19. Hampir 700 penerima dari kalangan pesakit barah yang memerlukan menerima bekalan makanan dan habuan wang tunai berjumlah sekitar $60,000 daripada persatuan tersebut.

Ia hasil sumbangan para penderma dan penyokong yang menghulurkan sumbangan sepanjang Ramadan ini, menurut Persatuan Ain dalam satu kenyatan hari ini (22 Mei).

Bahkan, tambahnya, dengan sokongan yang diterima, ia dapat mengagihkan Habuan Aidilfitri, bantuan kewangan bulanan dan juga Dana Khas COVID-19.

Seramai 50 pesakit barah yang memerlukan menerima habuan wang tunai antara S$50 hingga S$250 setiap seorang, ihsan sumbangan peribadi Presiden Halimah Yacob yang juga merupakan penaung Persatuan Ain, kata persatuan itu dalam kenyataannya hari ini.

Di samping itu, bekalan makanan berupa daging ayam, lembu dan beras turut diagihkan kepada para penerima.

Sebanyak 300 ekor daging ayam segar dan 200 kg daging lembu segar diagihkan kepada 100 penerima hasil sumbangan Shakira Butchery.

Persatuan Ain turut menerima sumbangan 500 beg beras 5kg setiap satu, hasil sumbangan syarikat Rainmaker Pte Ltd.

Para penerima juga diagihkan 500 botol cecair pencuci tangan 50ml setiap satu ihsan Projek ‘Fund A Hand Sanitiser’ kendalian PPIS/SuChi Success serta 12,000 pelitup yang didermakan oleh syarikat Syukran Travels dan Adeal International Pte Ltd.

Menulis dalam kenyataannya itu, Persatuan Ain menzahirkan penghargaannya terhadap sumbangan dan sokongan oleh para penderma sepanjang Ramadan ini. 

Success

Your submission has been submitted. An officer will contact you within 3 – 5 working days.