16 January 2019

Qudwah Hasanah 2019

 

Terkadang kita lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada ayah.

Namun, selain diucapkan melalui lisan, ada cara lain yang anda boleh lakukan untuk mengiktiraf jasa dan pengorbanan seorang ayah. Jangan biarkan penat lelah beliau membesarkan anda berlalu begitu sahaja. Jadikan beliau sebagai teladan kepada ayah-ayah muda pada zaman ini dan yang akan datang.

Pencalonan untuk Anugerah Qudwah Hasanah 2019 kini dibuka. Sekiranya ayah anda atau seorang ayah yang anda kenali memenuhi kriteri berikut, calonkan beliau sebagai Ayah Contoh 2019:

Kriteria:
• Warga/Penduduk Tetap (PR) Singapura
• Memimpin keluarga ke arah kecermelangan duniawi dan ukhrawi
• Kepimpinan menerusi tauladan – menanam nilai-nilai positif dan murni kepada anak-anak

Markah bonus akan diberikan sebagai tambahan sekiranya terdapat situasi berikut pada calon:
• Menjaga atau menyara kehidupan isteri, anak atau ahli keluarga yang berpenyakit kronik atau kurang upaya dan mempunyai keperluan istimewa
• Menghidap penyakit kronik / kurang upaya / mempunyai keperluan istimewa
• Tabah dan sabar dalam menghadapi musibah

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Borang pencalonan

Daftar secara online (https://form.jotform.me/ainadmin/AQH2019) atau muat turun borang disini and hantarkan kepada:

 

Ain Society (Qudwah Hasanah 2019

Blk 2 Eunos Crescent #01-2545, Singapura 400002

 

Tarikh tutup penyertaan ialah pada Ahad, 14 April 2019. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 6848 5166.

 

Affiliations with